Wednesday, August 19, 2009

Post Tergendala

salam semua pembaca!
sudah sgt2 lama tidak mengupdate blog ni..
rasenye sudah bersarang labah2..mungkin tarantula kot..huhu..
mintak maap semua..sebab sy sebagai moderator blog ni tidak berkesempatan mengupdate blog ini..
rasenye sempat lagi nak mengucapkan selamat datang kepada pelajar2 tahun 1...
freshie2 biokimia..
ok baiklah...hari ini sy cube meluangkan masa utk mengupdate blog ni juga..
kesian kat budak2 junior sbb xtau pasal program kelab..
baiklah di sini ade beberapa agenda kelab yg bakal/telah kami lakukan sepanjang sem ini:

1. 16-20 Julai [Pembentangan Latihan Industri Tahun 2]
2. 13-17 Ogos [Pembentangan Proposal Tesis Tahun 3]

3. 4 Oktober [Sambutan Hari Raya Biokimia]
4. 6 Oktober [Persembahan Makan Malam Persatuan Biokimia & Biologi Molekul Malaysia (MSBMB)]

mengenai baju kelab pula..InsyaAllah akan siap akhir sem ni..sekarang proses mereka bentuk sdg dijalankan..
kepada yg mempunyai apa2 cadangan penambah baik atau komen..leh post komen kt entri ni..
sekian..
jumpa entri akan dtg!

Sunday, May 17, 2009

Selamat Menjalani Latihan Industri

Salam...sudah lame rasenye blog ini tidak diupdate..Ok..tidak mahu menaip panjang2..hehe..saya bg pihak Kelab Biokimia UKM mengucapkan
Selamat Menjalani LI kepada semua pelajar Tahun 2..

semoga anda mendapat input2 yang berguna..tidak lupa juga
Selamat Bercuti kepada semua pelajar Biokimia...
cuti2 juga...tp pelajaran jgn dilupa..hee~~

p/s : jgn lupe kertas kerja Hari Keluarga...

Friday, May 1, 2009

Meeting Akhir Kelab

Salam, peringatan kepada semua AJK Kelab...
seperti yg kita rancangkan,

Meeting Akhir

sem ini akan di buat pada

5hb Mei 2009

bertempat di | Keris Mas

Masa akan diberitahu

harap semua ajk take note...
sekian, mekaseh...

Wednesday, April 29, 2009

MIB'09 Part 3 da final

Salam semua..
akhirnya setelah sekian lame post bru x dkeluarkan...
ye semua nya gara2 final exam..huhu~
ermm beklah...kt sini sy post entri the final pasal MIB'09 ni...
pas ni dh xde entri sal ni lagi la...
hrp semua berpuas hati...

[pelajar tahun 1]



[pelajar tahun 2]




[pelajar tahun 3]




[antara para pensyarah yang hadir]

perasmian disempurnakan oleh TNC (Hal-ehwal Penyelidikan dan Inovasi)
Prof. Dr. Rahmah Mohamed


tidak lupe disini,sy sbg moderator memohon maaf kpd team protokol MIB'09
kerana tiada gambar team protokol sbg team AJK MIB'09 pada post sebelum ini..
so disini, sy memberi laluan istimewa kpd team protokol...
mtk maap byk2...


akhir kata, harapan saya agar dinner biokimia yg akan dtg akan lebih baik dr dinner yg sebelumnya...
saya mengucapkan trima kasih bebayak kpd semua yg menjayakan MIB'09 ini
dan good luck kpd team AJK akan dtg...buat yg terbaik..
sekian

Tuesday, April 14, 2009

Program Mentoran Tahun 1 dan 2 @ High Tea

Alhamdulillah...
Program kedua anjuran Kelab Biokimia UKM telah berjalan dgn lancar...
Terima kasih diucapkan kepada student yg hadir...
Terima kasih juga kepada para pensyarah yg sanggup meluangkan masa menghadiri program ini..

para pelajar yg mempunyai mentor berbincang bersama mentor masing2..

waktu minum petang dan sedikit jamuan yg disediakan kepada para pelajar...
jamuan disponsor oleh fakulti..

pelajar khusyuk mendengar penerangan dari pensyarah..he~



diharapkan program ini dapat dijalankan lagi pada tahun hadapan..
dan semoga hubungan pelajar dengan pensyarah dpt dieratkan lagi..
sampai disini..
jumpa di entri akan dtg!

MIB'09 Part 2

part 2 dah release...
have a look...Align Center


sekitar MIB'09
meriah dgn warna-warni..he~






Wednesday, April 8, 2009

MIB'09 Part 1

Alhamdulillah..berakhir sudah dinner biokimia...
Malam Intelektual Biokimia 2009 aka MIB'09...
Diharapkan semua yang terlibat berpuashati...
saya selaku team AJK mengucapkan berbanyak2 terima kasih bg yg hadir...
memeriahkan MIB'09 ini..
tgh2 kite bersuka ria menyambut MIB'09 ni, ade gak berita yg x berape sedap nk dengar...
dlm kite bergembira, sy dimaklumkan bhwa ada student yg hadir ttp masih belum menjelaskan bayaran lg kpd team AJK...
so disini sy ingin mengingatkan individu yg terbabit agar membayar yuran RM30..
bukan ape kan setakat RM30 tp xnak bayar...bukan sy nk mengungkit..
tp sbg org yg juga terlibat dlm pogram ini scr x langsung....
buat program ape yg free...so beringat-ingatlah sedikit...
so, disini post pertama akan saya siarkan multimediashow (MMS) MIB'09..
[ni version yg besar sikit dr yg sebelah tu..hu~..1 malam nk upload video ni tau..appreciate he~]
kepada yg berminat..feel free to see..
enjoy..


Wednesday, April 1, 2009

Biochemistry High Tea ditukar lagi..

salam semua...
1 pengumuman penting buat Tahun 1 dan Tahun 2..
Program Mentoran yg berbentuk high tea akan bertukar ke tarikh 8hb April..
sehari selepas MIB'09 berlangsung...

Di atas sebab2 yang x dapat dielakkan..maka tarikh ini telah dipilih..
Jika tiada halangan...
majlis akan berlangsung jam 3 ptg..
sekian..

Monday, March 30, 2009

Malam Intelektual Biokimia 2009 (MIB'09)

Salam semua..
disini saya ingin menerangkan perincian tentang MIB '09
harap semua take note..

event MALAM INTELEKTUAL BIOKIMIA 2009 (MIB '09)
day|date SELASA | 7 APRIL 2009
time 8.00 - 10.00 MALAM
venue BANGI GOLF RESORT

Yuran : RM30 per head
Pengangkutan : disediakan..2 buah bas akan bertolak dr Kolej Keris Mas jam 6.30pm ke Foyer fakulti dan akhir sekali Kolej Pendeta Zaba...

*Semua pelajar yang menaiki bas hendaklah bersedia lebih awal sebelum 6.30pm
kalau anda tertinggal bas, itu menjadi tanggung jawab anda semua..
*dijangka majlis akan bermula pada jam 8.00pm..harap tiada pelajar yang lewat..

segala pertanyaan sila ajukan pada ruang post comment..terimakasih..

Friday, March 27, 2009

Banner MIB '09 Sudah Siap..




Alhamdulillah akhirnya design banner untuk MIB '09 akhirnya siap..
terimakasih diucapkan kepada En Aslann merangkap YDP kelab dan Ketua Publisiti MIB '09 ini..
di harap semua dapat berpuashati dengan design yg beliau reka ini..

feel free to leave a comments..

Keraguan? Kemusykilan? Pertanyaan?

salam semua,
mmm..agak panas perbualan anda semua di ruangan Cbox disebelah ini...
disebabkan ruangan Cbox itu yg agak kecil..maka komen yg anda semua nak sampaikan mgkin terbatas..tol x?hihi..

ok baiklah saya selaku moderator blog ini dengan sukacitanya menyediakan ruang post ini sebagai medium untuk semua pelajar bertanya, komen, cadangan, kutukan atau kritikan kepada team AJK mengenai program-program yg telah atau bakal dijalankan...
diharap anda semua dpt menggunakan ruangan 'post comment' disini sbg platform untuk berbincang sesama anda..
jika ada sbrg masalah harap dpt diadukan terus disini..
jika kami boleh selesaikan kami akan cuba sedaya upaya untuk selesaikan...
(saya juga merangkap team AJK..huhu)

diharapkan hubungan team AJK dgn Pelajar Biokimia di luar sana tidak tercalar kerana masalah program...jika punya mslh marilah kita bersama2 selesaikan secepat mungkin..
smg kredibiliti kelab ini dpt terserlah lagi nnt..InsyaAllah..

Thursday, March 26, 2009

Pembatalan dan Penangguhan Program

Salam kepada semua,
harap maaf kerana sebelum ini berlaku masalah teknikal terhadap blog ini..
Ttp sedikit demi sedikit ianya telah dapat dibaiki..

Perhatian kepada semua,
Disini saya bagi pihak AJK Kelab Biokimia,
setelah bermesyuarat, telah membuat keputusan..

Malam Intelektual Biokimia 2009 (MIB '09) telah ditunda pada tarikh 7/4/09
---> kerana clash dgn tarikh Malam Tautan Saintis Muda (MTSM)

Biochemistry Barbeque Night (BBN) telah digabungkan bersama Biochemistry High Tea (BHT)
---> program BBN dibatalkan kerana terlalu hampir dgn MIB '09
---> setelah berbincang dgn Dr, Dr menasihati agar program ini dibatalkan ttp BHT diteruskan dengan melibatkan sekali gus pelajar Tahun 1 dan Tahun 2

BHT akan akan diteruskan pd tarikh 9/4/09 jika tiada apa2 halangan

Diharap semua pelajar alert tentang updates terbaru ini
Sekian, terima kasih

Tuesday, March 17, 2009

Tentatif Seminar Intervarsiti Biokimia ke-20 (UPM)

Salam kepada semua pelajar Biokimia,
Sila ambil perhatian, di bawah ini adalah tentatif terbaru Seminar Intervarsiti Biokimia yg ke-20 bertempat di UPM

Semua pelajar yang mengikuti seminar ini hendaklah berkumpul di foyer PPBsBt jam 7.15 pagi kerana bas akan mengambil para peserta di tempat ini. Harap semua peserta dapat menepati masa dan bagi yang menaiki kenderaan sendiri ke UPM hendaklah sampai sebelum jam 8.00 pagi (menaiki kenderaan sendiri amatlah tidak digalakkan sama sekali kerana akan menyukarkan urusetia melakukan proses pendaftaran). Pakaian adalah formal bermakna tiada selipar, jeans atau t-shirt dibenarkan. Segala kelakuan diri adalah menjadi tanggungjawab sendiri. Sekian terima kasih.




Friday, March 13, 2009

Selamat Datang

Assalamualaikum & salam sejahtera kepada semua bloggers...
terutamanya kepada ahli2 Kelab Biokimia...

Pembukaan blog terbaru Kelab Biokimia ini adalah bertujuan untuk memantapkan lagi sistem pengurusan Kelab Biokimia tahun 2009/10

Melalui blog ini, segala program2 yg bakal dijalankan di bawah nama Kelab Biokimia akan di beritahu melalui blog ini. Di harapkan para pelajar Biokimia dapat menyokong penuh ke atas Kelab Biokimia ini seterusnya menambahkan lagi pencapaian kelab ini..

Sekian sahaja daripada saya selaku moderator blog ini..
Terima kasih..


Free Blogspot Templates by Isnaini Dot Com and Chevrolet Car Pictures. Powered by Blogger