Salam semua..
disini saya ingin menerangkan perincian tentang MIB '09
harap semua take note..
event MALAM INTELEKTUAL BIOKIMIA 2009 (MIB '09)
day|date SELASA | 7 APRIL 2009
time 8.00 - 10.00 MALAM
venue BANGI GOLF RESORT
Yuran : RM30 per head
Pengangkutan : disediakan..2 buah bas akan bertolak dr Kolej Keris Mas jam 6.30pm ke Foyer fakulti dan akhir sekali Kolej Pendeta Zaba...
*Semua pelajar yang menaiki bas hendaklah bersedia lebih awal sebelum 6.30pm
kalau anda tertinggal bas, itu menjadi tanggung jawab anda semua..
*dijangka majlis akan bermula pada jam 8.00pm..harap tiada pelajar yang lewat..
segala pertanyaan sila ajukan pada ruang post comment..terimakasih..

Monday, March 30, 2009
Malam Intelektual Biokimia 2009 (MIB'09)
Posted by BIOCHEMIST at 4:07 PM 0 comments
Friday, March 27, 2009
Banner MIB '09 Sudah Siap..
terimakasih diucapkan kepada En Aslann merangkap YDP kelab dan Ketua Publisiti MIB '09 ini..
di harap semua dapat berpuashati dengan design yg beliau reka ini..
feel free to leave a comments..
Posted by BIOCHEMIST at 7:57 AM 4 comments
Keraguan? Kemusykilan? Pertanyaan?
salam semua,
mmm..agak panas perbualan anda semua di ruangan Cbox disebelah ini...
disebabkan ruangan Cbox itu yg agak kecil..maka komen yg anda semua nak sampaikan mgkin terbatas..tol x?hihi..
ok baiklah saya selaku moderator blog ini dengan sukacitanya menyediakan ruang post ini sebagai medium untuk semua pelajar bertanya, komen, cadangan, kutukan atau kritikan kepada team AJK mengenai program-program yg telah atau bakal dijalankan...
diharap anda semua dpt menggunakan ruangan 'post comment' disini sbg platform untuk berbincang sesama anda..
jika ada sbrg masalah harap dpt diadukan terus disini..
jika kami boleh selesaikan kami akan cuba sedaya upaya untuk selesaikan...
(saya juga merangkap team AJK..huhu)
diharapkan hubungan team AJK dgn Pelajar Biokimia di luar sana tidak tercalar kerana masalah program...jika punya mslh marilah kita bersama2 selesaikan secepat mungkin..
smg kredibiliti kelab ini dpt terserlah lagi nnt..InsyaAllah..
Posted by BIOCHEMIST at 3:43 AM 5 comments
Thursday, March 26, 2009
Pembatalan dan Penangguhan Program
Salam kepada semua,
harap maaf kerana sebelum ini berlaku masalah teknikal terhadap blog ini..
Ttp sedikit demi sedikit ianya telah dapat dibaiki..
Perhatian kepada semua,
Disini saya bagi pihak AJK Kelab Biokimia,
setelah bermesyuarat, telah membuat keputusan..
Malam Intelektual Biokimia 2009 (MIB '09) telah ditunda pada tarikh 7/4/09
---> kerana clash dgn tarikh Malam Tautan Saintis Muda (MTSM)
Biochemistry Barbeque Night (BBN) telah digabungkan bersama Biochemistry High Tea (BHT)
---> program BBN dibatalkan kerana terlalu hampir dgn MIB '09
---> setelah berbincang dgn Dr, Dr menasihati agar program ini dibatalkan ttp BHT diteruskan dengan melibatkan sekali gus pelajar Tahun 1 dan Tahun 2
BHT akan akan diteruskan pd tarikh 9/4/09 jika tiada apa2 halangan
Diharap semua pelajar alert tentang updates terbaru ini
Sekian, terima kasih
Posted by BIOCHEMIST at 4:09 AM 0 comments
Tuesday, March 17, 2009
Tentatif Seminar Intervarsiti Biokimia ke-20 (UPM)
Sila ambil perhatian, di bawah ini adalah tentatif terbaru Seminar Intervarsiti Biokimia yg ke-20 bertempat di UPM
Semua pelajar yang mengikuti seminar ini hendaklah berkumpul di foyer PPBsBt jam 7.15 pagi kerana bas akan mengambil para peserta di tempat ini. Harap semua peserta dapat menepati masa dan bagi yang menaiki kenderaan sendiri ke UPM hendaklah sampai sebelum jam 8.00 pagi (menaiki kenderaan sendiri amatlah tidak digalakkan sama sekali kerana akan menyukarkan urusetia melakukan proses pendaftaran). Pakaian adalah formal bermakna tiada selipar, jeans atau t-shirt dibenarkan. Segala kelakuan diri adalah menjadi tanggungjawab sendiri. Sekian terima kasih.

Posted by BIOCHEMIST at 8:16 AM 0 comments
Friday, March 13, 2009
Selamat Datang
Assalamualaikum & salam sejahtera kepada semua bloggers...
terutamanya kepada ahli2 Kelab Biokimia...
Pembukaan blog terbaru Kelab Biokimia ini adalah bertujuan untuk memantapkan lagi sistem pengurusan Kelab Biokimia tahun 2009/10
Melalui blog ini, segala program2 yg bakal dijalankan di bawah nama Kelab Biokimia akan di beritahu melalui blog ini. Di harapkan para pelajar Biokimia dapat menyokong penuh ke atas Kelab Biokimia ini seterusnya menambahkan lagi pencapaian kelab ini..
Sekian sahaja daripada saya selaku moderator blog ini..
Terima kasih..
Posted by BIOCHEMIST at 2:30 AM 0 comments